Kamus

Wednesday, June 30, 2010

SAGA


SAGA atau nama penuhnya Standard Accounting System for Government Agencies merupakan satu Sistem Perakaunan Berkomputer yang Standard Di Badan-Badan Berkanun Persekutuan.
Titik tolak SAGA bermula dari tahun 1994 yang dipantau perlaksanaannya oleh MAMPU sebelum diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.  Dengan menggunakan SAGA, pengguna akan dapat mencapai objektif-objektifnya yang berikut:
(1)  Penyediaan penyelenggaraan set akaun yang lengkap dan terkini.  Ini bermakna pada bila-bila masa sahaja, bilamana transaksi di pos kedalam sistem, ianya telah diambil kira agihan debit kreditnya.  Jika pengguna menjana laporan pada ketika itu, pengemaskinian terhadap laporan telah pun berlaku dan ianya berlaku serentak. 
(2)  Membolehkan akaun ditutup setiap hari.  Ini terbukti kerana pengkomputeran memastikan data yang dibuat dan dipos pada satu masa akan mengemaskini sistem secara keseluruhan.
(3)  Penyediaan kemudahanpengurusan perakaunan dan kewangan dengan lebih baik.  Sesungguhnya, pengkomputeran telah menukar cara kerja kita dan ianya bila digunakan dengan bijak, membolehkan pengurusan sumber manusia yang lebih mudah.
(4)  Penyediaan laporan kewangan pra-audit tepat pada masa yang ditetapkan